{A Servant}
Whisper Of My Heart

A servant of Allah SWT




Tweet me


Best days (((Part 1)))
Monday, 28 October 2013 • 06:55 • 0 comments
Assalamualaikum semuaa~ Jom senyum dalam kiraan 1...2....3... aha ok bagus! Awal-awal lagi aku dah buat korang rasa macam "ee apa hal dia ni?" kan? hehe. Sebelum start, jom baca; Alluakhbar! Subhanallah! Alhamdulillah! Actually, senang jer nak dapat pahala dan juga nak tolong bagi pahala dekat orang lain. Contohnya, gini lah, korang paste je apa-apa doa ke zikir ke dalam laman sosial like facebook or twitter kesayangan korang. Then when bila ada orang baca, dapat la pahala!! Ya Allah its so easyyy like abc haha ok dah. Best days? So macam ni cerita dia, today and yesterday was a best and great day for me! Sweet memories gained xoxo Jadi,

Jadi aku nak cerita dulu sikit pasal hari ni. So semalam dapat mesej from efy, she said; "Esok form 3 semua wajib ke sekolah sebab ada program penting..." Urm aku rasa tak perlu cakap pun yang tu hahaha k whtever~ Rupa-rupanya kak fi dari Team Hijrah Kelantan  (THK) nak datang with kak ika. Sebelum ni efy ada cerita bnyak pasal kak fi. Kak fi and kak ika ni pakai niqab yknow. Tadi bila kak fi and kak ika masuk dalam dewan, rasa cam lain sikit. Aku tengok diorang tadi ya Allah sejuk and tenang je walaupun diorang pakai niqab. Niqab tu purdah (kepada yang taktauu apa itu niqab hehe). Ok siyes weh siyes i can feel the calmness hm tolongla percaya huaha sorry, over. Dalam hati "nak jadi cam kak fi and ika!" *suara sedih*. Hari ni memang best ah, rasa cam "terisi gile hari aku hari ni, tak menyesal aku datang pewhh" haha bukannya nak kata hari-hari lain cam tak berfaedah ke ape tapiiiii memang tu lah hakikatnya haha! kalau tak faham takpe, saya tak marah *mata ke kanan*

Tadi banyak la jugak aktiviti. Nak cerita satu-satu memang esok tak habissss ok tipu jerp. Tapi takpelah, rasa rajin lah pulak uhuhu. Firstly, kena buat satu group. 10 orang satu group tapi ada yang lebih. Budak laki kena pegi depan, ambik mikrofon and cakap "nama saya blabla, cita-cita saya nak jadik blabla". Time tu memang rasa nak keluar je jantung huff bedebor tau! Tengok-tengok kitorang tak kena yeay alhamdulillah! kehkeh ok ok ok ok lepastooOo, kena buat buku skrap and buat cam satu 'bangunan' dgn straw. Pastu kena 3 orang bentangkan kat depan and opkos ah bukan aku. Then, kak ika suruh tutup mata and kosongkan fikiran. Dia tanya beberapa soalan pashal cinta cam sape yang ada bf or gf, sila angkat tangan and others. Banyak juga yang ka fi and kak ika cakap and semuanya memang masuk teruss ke dalam hati. Niat nak berubah jadi lebih baik tu alhamdulillah ada, moga-moga niat tu kekal hm amin! Next, buat bulatan and kena duduk atas paha kawan haha yang ni lawak! Memang lawak! Ok last sekali, laung KAMI BOLEH yea kami boleh!! berubah ke jalan yang benar :)

Alright, itu sahaja part 1. Ada sikit gambar and kredit to efyyyy sebab dia yang whtsapp semua gambar tadi huhu :)



Sila tengok budak laki hahahaha lucu kut!





With both of them, from left, kak ika and the tallest one is kak fi :) Suka tengok kak ika and kak fi!

And thanks to Him! Thnks for everything. Thnks for sent them to us today. Harap-harap yang nak berubah tu betul-betul berubah. Minta doa banyak-banyak supaya Allah swt selalu bimbing kita and jaga kita. Semoga Dia permudahkan segalanya. And kalau rasa cam tak tahu nak cerita kat sape-sape, kena ingat, Allah swt selalu ada untuk dengar pape je daripada kita. Allah tak tidur macam kita. Kak fi cakap, bangun malam-malam then luahkan apa yang rasa buat semak je dalam hati or otak. And aku suka ayat kak ika tadi, dia cakap pedulikan apa yang orang lain cakap pasal kita. Macam, kalau ada orang ejek or perli kita, just jangan ambik peduli sebab kata-kata diorang tu, satu pun tak berguna untuk kita nanti :) Aku sebelum ni pun selalu jugak ambik peduli apa yang orang lain cakap. Hm ok thats all. Maka tamatlah part 1. Tunggu la part 2 pulak uhu entah bila part 2 akan wujud. Ikut mood hek ok bye assalamualaikum!


0 Comments:

Post a Comment


? ?